Pengerusi
YBhg. Dato' Mohamad Razali bin Mohamad Rahim telah dilantik sebagai Pengerusi Pelaburan MARA pada 3 Ogos 2023. Beliau mempunyai pengalaman kerjaya dalam pelbagai organisasi multinasional dan tempatan.
Pengarah
YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman merupakan Ketua Pengarah di Majlis Amanah Rakyat (MARA). Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang keusahawanan, pendidikan, dan pelaburan di sektor awam dan swasta.
Pengarah
En. Yahaya bin Sani merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, dan mempunyai pengalaman lebih 37 tahun berkhidmat dalam ekosistem Majlis Amanah Rakyat (MARA). Beliau telah menyandang jawatan ini sejak 17 April 2025, dengan membawa bersama kerjaya cemerlang dalam barisan pengurusan tertinggi, pengawasan pelaburan strategik, dan pembangunan keusahawanan di bawah Kumpulan MARA.
Pengarah
Dr. Hartini Mohd Nasir merupakan Setiausaha Bahagian, Bahagian Kemajuan Tanah & Wilayah, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam pembangunan dasar, perancangan strategik dan pengurusan kewangan, serta merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA).
Pengarah
En. Amiruddin bin Abdul Shukor ialah seorang perancang strategi korporat dengan pengalaman luas dalam Pengurusan Korporat, Kewangan, Kewangan Korporat, dan Pelaburan
Pengarah
Datuk Dazma Shah bin Daud telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pelaburan MARA Berhad pada 4 Ogos 2023.