DASAR PEMBERI MAKLUMAT PELABURAN MARA 

Polisi Pendedahan Maklumat menegaskan komitmen Pelaburan MARA dan anak syarikat untuk melindungi pemberi maklumat dan menggalakkan individu, termasuk pengarah, pekerja, rakan niaga, dan orang awam untuk melaporkan sebarang kebimbangan mengenai aktiviti yang mungkin melanggar undang-undang dan tidak beretika tanpa rasa takut.

Kebimbangan tersebut mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
a) Sebarang bentuk jenayah kewangan, seperti penipuan atau ketidakjujuran;
b) Rasuah;
c) Penyalahgunaan kuasa, termasuk gangguan atau ugutan;
d) Konflik kepentingan;
e) Kecurian atau pecah amanah;
f) Penyalahgunaan harta benda Organisasi;
g) Korupsi;
h) Ketidakpatuhan terhadap dasar-dasar dan/atau prosedur Organisasi;
i) Tingkah laku yang merupakan kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang berkuatkuasa.

 

Melaporkan Kebimbangan / Kesalahan
Sebarang kesalahan tingkah laku perlu dilaporkan kepada individu berkaitan menggunakan saluran yang betul seperti:

Tahap/Kriteria Pendedahan

Pegawai Bertanggungjawab dan alamat emel

Melalui Mel/Kurier/serahan tangan

Pendedahan terpakai terhadap semua peringkat kakitangan, kecuali IGU, CEO/Ketua Pegawai Eksekutif Anak Syarikat dan/atau CEO/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Ketua, Unit Integriti & Governans
integrity_wb@pelaburanmara.com.m

Surat rasmi dengan penunjuk label khas seperti
"Hanya untuk dibuka oleh pegawai bertanggungjawab," sahaja kepada:

Pendedahan terhadap:
• Unit Integriti & Tatakelola (IGU)
• CEO/Ketua Pegawai Eksekutif Anak Syarikat
• CEO/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
• Ahli jawatankuasa Lembaga Pengarah
• Setiausaha Syarikat
Pengerusi, Pelaburan MARA Berhad
chairmanPMB_wb@pelaburanmara.com.my
Pendedahan terhadap ahli Lembaga Pengerusi, Pelaburan MARA Berhad
chairmanPMB_wb@pelaburanmara.com.my

Mana-mana orang lain yang tidak dinyatakan di atas, seperti:

  • Konsultant Unit Amanah
  • Pembekal / Vendor / Pembekal Perkhidmatan
  • Lain-lain

Ketua, Unit Integriti & Governans
integrity_wb@pelaburanmara.com.my

 

Saluran Pelaporan
Sebarang pendedahan boleh dibuat secara rahsia/tertutup dengan atau tanpa 'Borang Pendedahan', melalui saluran-saluran beriktut , 

•    E-mel;
•    Telefon;
•    Faks;
•    Mel atau kurier;
•    Penyerahan dalam talian melalui laman web;
•    Semuka (walk-in) ke pejabat kami.


Perlindungan Kepada Pemberi Maklumat
Pemberi maklumat yang ingin melaporkan salah laku akan diberikan perlindungan dan kerahsiaan identiti terjamin dengan syarat pendedahan dibuat dengan jujur. Perlindungan akan diberikan walaupun penyiasatan kemudiannya mendedahkan bahawa pemberi maklumat adalah tersilap dalam fakta dan peraturan yang terlibat.

Seorang pemberi maklumat juga boleh memilih untuk membuat aduan tanpa nama. Mana-mana pihak yang membalas dendam terhadap pemberi maklumat membuat laporan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh organisasi, termasuk tindakan undang-undang, jika berkenaan.

Pemberitahuan
Setiap laporan yang diterima akan diberi perhatian serius dan dikendalikan dengan adil dan secepat mungkin. Hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pemberi maklumat jika perlu.

Borang Laporan

Muat turun borang di sini: