PELAN ANTIRASUAH

Pelaburan MARA Berhad ("Pelaburan MARA") komited untuk mencegah dan menghadapi sebarang bentuk rasuah, seiring dengan nilai teras syarikat untuk mengurus dan mengembangkan entiti komersial MARA Corporation Sdn Bhd ("MARA Corp."). Pelaburan MARA berhasrat untuk mencapai objektif utama sebagai cabang pelaburan MARA Corp. dengan mengamalkan budaya ketelusan dan integriti, selaras dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) MS ISO 37001:2016.

Oleh itu, atas sebab ini, Pelaburan MARA komited untuk:

 
  1. Menghalang kakitangan, rakan perniagaan dan pihak berkaitan daripada menerima dan menyediakan sebarang bentuk rasuah;
  2. Mematuhi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan mana-mana undang-undang dan peraturan yang terpakai terhadap rasuah dan amalan rasuah dalam menjalani aktiviti perniagaannya;
  3. Memastikan kakitangan mematuhi Polisi Anti Rasuah ke arah penambahbaikan berterusan dan memenuhi keperluan ABMS;
  4. Menyedia dan melaksanakan mekanisme pelaporan aduan dan perlindungan pemberi maklumat dalam melaporkan sebarang perlakuan rasuah mengikut Polisi Pemberi Maklumat; dan
  5. Menubuhkan Badan Bebas untuk memastikan pematuhan terhadap ABMS.

Setiap kakitangan bertanggungjawab membaca, memahami dan melaksanakan kenyataan dasar ini. Sebarang ketidakpatuhan atau pelanggaran kenyataan dasar ini, polisi-polisi yang dinyatakan di atas, atau mana-mana undang-undang dan peraturan yang berkaitan, boleh dikenakan tindakan tatatertib.


MAHDZIR OTHMAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN