Tanggungjawab Kami

Ringkasan

Memberi Kehidupan Lebih Baik untuk Generasi Akan Datang

Pelaburan MARA berazam untuk meningkatkan kualiti kehidupan Bumiputera melalui penyertaan dalam kegiatan yang memacu pertumbuhan ekonomi negara, terutamanya dalam pasaran modal. Hari ini, kami memikul tanggungjawab untuk menjana nilai yang lebih daripada sekadar pulangan kewangan demi manfaat negara dan rakyat.

Dengan faktor alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) dijangka memberi pengaruh besar dalam industri kewangan pada tahun-tahun mendatang, kami sentiasa peka akan impak aktiviti kami terhadap masyarakat dan alam sekitar. Kami melaburkan sumber, masa, dan kepakaran kami dalam syarikat-syarikat dan projek-projek yang memberi impak positif dengan matlamat untuk mengubah dunia kita ke arah yang lebih baik.