POLISI PRIVASI

Notis Privasi ini menetapkan bagaimana Pelaburan MARA Berhad dan syarikat-syarikat subsidiari dan yang berkaitan dengannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada, PMB Investment Berhad, PMB Tijari Berhad, PMB Analytics Sdn Bhd, PMB Assets Sdn Bhd, PMB Consulting Sdn Bhd, dan PMB Nominees (Tempatan) Sdn Bhd (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Kumpulan Pelaburan MARA”, atau “kami”) mengumpul, menyimpan dan pendedahan maklumat peribadi individu (dirujuk sebagai "anda" atau "milik anda") yang memohon untuk menjadi, sedang, atau pernah bekerja di Kumpulan Pelaburan MARA.

Maklumat peribadi tersebut termasuk maklumat mengenai tanggungan, benefisiari atau mana-mana orang lain yang berkaitan dengan anda.

NOTIS PRIVASI

Notis Privasi ini menyatakan bagaimana Kumpulan Pelaburan MARA mengumpul, meyimpan dan menangani maklumat peribadi (sepertimana ditakrifkan di bawah) individu-individu menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan perundangan Malaysia. Sila teliti Notis Privasi ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi yang kami kumpulkan dari anda. Dengan memberikan maklumat peribadi, anda menerima Notis Privasi ini dan pengumpulan, penggunaan, capaian, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda sebagaimana yang diterangkan di dalam Notis Privasi ini.

Notis Privasi ini menerangkan:

  • Jenis maklumat peribadi yang kami kumpul;
  • Bila dan bagaimana kami mengumpul maklumat peribadi anda;
  • Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda;
  • Penzahiran maklumat peribadi anda;
  • Bila kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar negara; dan
  • Hak anda untuk mencapai dan membetulkan maklumat peribadi anda.


Komitmen Kami Kepada Anda

Kami menghargai keyakinan anda dan komited melindungi maklumat peribadi anda. Untuk memastikan bahawa anda boleh memutuskan dan merasa yakin untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada kami apabila menggunakan mana-mana laman web, produk dan/atau perkhidmatan kami, kami memberikan anda Notis Privasi ini yang menggariskan amalan-amalan kami dan pilihan-pilihan yang anda ada berkaitan dengan bagaimana maklumat peribadi anda dikumpulkan dan dimanfaatkan oleh kami.

Takrifan Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang mengaitkan dengan diri anda secara langsung atau tidak langsung. Ini termasuklah maklumat yang boleh digunakan untuk membeza, mengenalpasti dan menghubungi anda. Maklumat peribadi merangkumi maklumat peribadi sensitif yang berkaitan dengan maklumat kesihatan atau keadaan fizikal atau mental anda, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan oleh anda atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Sebagai penjelasan, sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini hanya digunapakai sekiranya anda adalah orang perseorangan.

Apakah Jenis Maklumat Peribadi Kami Kumpul

Kumpulan Pelaburan MARA merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pelaburan, pengurusan aset, aktiviti pembiayaan, khidmat nasihat korporat dan data pelaburan. Untuk membolehkan kami memberikan anda produk dan/ atau perkhidmatan kami dan beroperasi dengan cekap dan berkesan dengan sebaik mungkin, kami perlu mengumpulkan maklumat peribadi yang berkenaan daripada anda. Maklumat peribadi yang kami kumpulkan termasuklah (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut: -

  • maklumat perhubungan seperti nama, tarikh lahir, pengenalan diri (termasukah nombor kad pengenalan atau pasport), jantina, kewarganegaraan dan kaum, alamat persendirian dan/atau perniagaan terkini, nombor telefon atau telefon mudah-alih, nombor faksimili, alamat e-mel anda;
  • pekerjaan terkini dan lampau anda;
  • kelayakan akademik atau profesional anda;
  • kedudukan kewangan anda seperti gaji/ perolehan, perbelanjaan, pemilikan aset/ kekayaan;
    maklumat akaun bank anda;
  • profil, minat dan kecenderungan anda yang membantu kami memadankan produk dan/ atau perkhidmatan kami yang sesuai dengan anda;
  • data ‘clickstream’ apabila anda mengakses laman-laman web kami (contohnya halaman yang anda akses atau produk dan/ atau perkhidmatan kami yang anda layari);
  • rakaman imej anda melalui CCTV apabila anda mengunjungi pejabat-pejabat kami; dan/atau
  • rakaman perbualan apabila anda menghubungi kami melalui telefon.  

Bila dan Bagaimana Kami Mengumpul Maklumat Peribadi Anda?

Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi terus daripada anda apabila anda:-

  • berkomunikasi dengan kami (contohnya apabila anda menyerahkan borang permohonan untuk menjadi pelanggan, agen, kakitangan atau pembekal kami, atau apabila anda menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan termasuklah panggilan kepada perkhidmatan pelanggan);
  • mendaftar atau melanggan produk dan/ atau perkhidmatan atau penerbitan kami (seperti risalah berita);
  • mengambil bahagian di dalam kaji selidik kami;
  • mengambil bahagian di dalam mana-mana pertandingan, atau program ‘loyalty’ yang dijalankan/ disusun oleh kami;
  • menyatakan minat dan/ atau permintaan kepada maklumat  mengenai produk dan perkhidmatan kami (melalui portal atas talian atau mana-mana saluran yang ada);
  • memberi maklum balas kepada mana-mana bahan-bahan pemasaran yang kami telah sebarkan;
  • memulakan hubungan perniagaan dengan kami (seperti menjadi pembekal perkhidmatan/ rakan perniagaan);
  • mengunjungi mana-mana pejabat kami;
  • melawati atau melayari laman-laman web kami;
  • mengemukakan aduan kepada kami; dan/ atau
  • memberi maklum balas kepada kami (samada melalui laman-laman web kami atau salinan cetak)


Selain dari maklumat peribadi yang diperolehi daripada anda secara langsung seperti di atas, kami juga mengumpul maklumat peribadi anda dari pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau yang berhubungkait dengan anda (agensi rujukan kredit atau institusi-institusi kewangan), dan daripada lain-lain sumber di mana anda telah memberikan kebenaran untuk penzahiran kepada maklumat berkaitan dengan anda, dan/atau yang dibenarkan oleh perundangan.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda?

Kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi daripada anda atau daripada pihak ketiga yang dikenalpasti di dalam Notis Privasi ini, untuk tujuan atau tujuan-tujuan berikut: -

  • mengesahkan identiti anda;
  • menilai dan memproses permohonan/ permintaan kepada produk dan/atau perkhidmatan kami;
  • membekalkan kepada anda produk dan/atau perkhidmatan yang anda telah minta;
  • mentadbir dan mengurus produk dan/atau perkhidmatan yang kami bekalkan kepada anda;
  • menyiasat dan menyelesaikan isu, pertanyaan, atau aduan mengenai produk dan/atau perkhidmatan yang anda telah majukan kepada kami;
  • menilai profil risiko dan/atau mengesahkan kebolehpercayaan kredit;
  • mengesan dan mencegah aktiviti penipuan;
  • mengurus rangkaian bekalan kami;
  • mengekalkan perhubungan dengan anda dan membekalkan anda apa-apa maklumat yang anda minta;
  • melangsungkan urusniaga berkaitan produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan dan dibekalkan kepada anda;
  • mewujudkan dan mengurus dengan baik sebarang hubungan perniagaan yang kami ada dengan anda;
  • memproses sebarang komunikasi yang anda sampaikan kepada kami (seperti menjawab pertanyaan dan mengendalikan sebarang aduan dan maklum balas)
  • membantu kami memantau dan memperbaiki prestasi produk dan perkhidmatan kami, kakitangan hubungan pelanggan dan pembekal perkhidmatan kami dan laman-laman web kami, dan menjadikan kesemua ini lebih cekap;
  • mengurus latihan kakitangan dan jaminan mutu;
  • memberitahu anda mengenai manfaat dan perubahan ke atas ciri-ciri produk dan/ atau perkhidmatan kami;
  • menetapkan bagaimana kami memperbaiki perkhidmatan kami kepada anda;
  • menerbitkan data, laporan dan statistik yang dikeluarkan tanpa nama atau dihimpunkan dengan kaedah yang tidak mengenalpasti anda sebagai orang perseorangan;
  • menyiasat, memberikan respons kepada, atau membela sebarang tuntutan terhadap, atau yang melibatkan kami;
  • menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran (seperti penyelidikan pasaran);
  • mengekalkan rekod yang diperlukan untuk keselamatan, tuntutan atau tujuan perundangan;
  • mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan kawal selia; dan/atau
  • memenuhi lain-lain tujuan yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, pengawalaturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa kawal selia.


Penzahiran Maklumat Peribadi Anda

Di dalam menyampaikan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda, dan menguruskan dan/atau mengendalikan produk dan perkhidmatan, kami mungkin diperlukan untuk menzahirkan maklumat mengenai anda kepada pihak-pihak ketiga seperti berikut:

  • agensi-agensi penguatkuasa undang-undang;
  • agensi-agensi kerajaan;
  • syarikat-syarikat dan/ atau organisasi-organisasi yang bertindak bagi pihak kami selaku agen, kontraktor, penyumbang perkhidmatan dan/ atau perunding professional;
  • syarikat-syarikat dan/ atau organisasi-organisasi yang membantu kami di dalam memproses dan/atau menyempurnakan urusniaga dan menyampaikan produk dan/ atau perkhidmatan kepada anda yang anda minta atau langgani;
  • rakan-rakan perniagaan kami dan lain-lain pihak untuk tujuan yang berkaitan dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda; dan/ atau
  • sebarang pihak yang mana anda telah memberikan kebenaran yang jelas atau tersirat,
tertakluk, pada setiap masa, kepada sebarang undang-undang (termasuklah peraturan, garispanduan dan/ atau kewajipan) yang dikenakan ke atas kami.


 

Pemasaran Langsung

Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menyampaikan kepada anda maklumat mengenai produk dan/ atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami atau pihak ketiga yang mungkin menarik minat atau memberi manfaat, kecuali diminta atau dimaklumkan sebaliknya oleh anda.

Di dalam keadaan-keadan yang tertentu, kami mungkin menzahirkan maklumat peribadi anda kepada rakan-rakan strategik kami. Walau bagaimanapun, kami hanya menzahirkan maklumat peribadi anda kepada rakan-rakan strategik kami ketika anda telah melanggani produk dan/ atau perkhidmatan kami yang memerlukan penzahiran kepada maklumat sedemikian, dan/ atau anda telah memberikan kebenaran terhadapnya, tertakluk, pada setiap masa, kepada sebarang undang-undang (termasuklah peraturan, garispanduan dan/ atau kewajipan) yang dikenakan ke atas kami.

Kami mengambil langkah-langkah yang wajar bagi memastikan perjanjian dengan rakan-rakan strategik kami mengandungi kewajipan privasi dan kerahsiaan yang sepatutnya.

Sekiranya anda tidak mengingini maklumat peribadi anda digunakan untuk tujuan pemasaran atau berubah fikiran terhadap keputusan anda terdahulu, sila hubungi kami melalui butiran perhubungan yang diberikan di bawah. Arahan bertulis anda yang terkini kepada kami adalah diterima pakai.

Pemohonan Kerja

Kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi yang dibekalkan anda bersabit dengan permohonan pekerjaan dengan kami bagi menentukan kesesuaian anda dengan jawatan yang ditawarkan oleh kami dan, sekiranya diterima, terma-terma perjawatan anda.

Kami mungkin menzahirkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk mengesahkan maklumat atau mendapatkan maklumat tambhan antaranya institusi pengajian, majikan terkini/ lampau dan/ atau agensi rujukan kredit. Kami mungkin menyimpan permohonan yang tidak berjaya selama 2 tahun untuk memadankan kebolehan anda dengan peluang-peluang pekerjaan di masa depan dengan kami.

Bagaimana Jika Maklumat Peribadi Yang Anda Tidak Lengkap?

Apabila ditandakan (contohnya di dalam borang pendaftaran/ permohonan) ianya adalah kewajipan anda membekalkan maklumat berkenaan untuk membolehkan kami memproses permohonan atau urusniaga anda berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami. Sekiranya anda enggan membekalkan maklumat peribadi anda yang diwajibkan, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan atau pendaftaran anda, atau menyampaikan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda.

Hak Anda untuk Mencapai dan Membetulkan Maklumat Peribadi Anda

Kami boleh membantu anda mencapai dan membetulkan maklumat peribadi anda di dalam simpanan kami.

Sekiranya anda ingin mencapai maklumat peribadi anda, atau sekiranya anda berpendapat maklumat peribadi anda tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, dan bukan yang terkini, anda boleh mengemukakan permintaan kepada kami melalui butiran perhubungan kami yang dinyatakan di bawah ini. Anda perlu menyatakan nama, alamat dan nombor telefon/ akaun anda, dan huraian ringkas mengenai maklumat yang anda inginkan di dalam permintaan tersebut. Kami mengenakan yuran pemprosesan untuk mencari dan membekalkan anda dengan capaian kepada maklumat peribadi anda untuk kos-kos pentadbiran.

Kami akan memenuhi permintaan anda untuk mencapai atau membetulkan maklumat peribadi anda dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas menerima permintaan anda dan yuran pemprosesan.

Namun, akses kepada maklumat peribadi anda mungkin dikekang dalam situasi tertentu, contohnya jika kami tidak dapat mengesahkan identiti anda, atau jika apabila maklumat yang diminta adalah komersial yang sulit atau apabila kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, kami akan memaklumkan mengapa kami  tidak dapat memenuhi permintaan anda.

Kewajipan Anda

Anda bertanggungjawab untuk membekalkan maklumat yang tepat dan lengkap kepada kami mengenai diri anda dan individu lain yang berkaitan yang anda berikan kepada kami, dan mengemaskinikan maklumat-maklumat peribadi bila mana ianya tidak lagi tepat atau lapuk, dengan menghubungi kami melalui butiran perhubungan seperti di bawah ini. Kewajipan ini adalah syarat kepada penyampaian produk dan/ atau perkhidmatan kami kepada anda dan/atau sebarang individu yang dibenarkan atau diizinkan oleh anda.

Bila mana anda diperlukan untuk membekalkan kami dengan maklumat peribadi berkaitan dengan pihak-pihak ketiga (seperti pasangan atau anak-anak atau di mana anda dilantik sebagai orang yang bertanggungjawab (bagi pihak organisasi atau syarikat) berurusan dengan kami,sekiranya anda mendapatkan atau bertanggungjawab terhadap produk dan/ atau perkhidmatan kami yang mereka bakal memanfaatkan,  anda mengesahkan bahawa anda i) telah mendapat persetujuan atau berhak untuk membekalkan maklumat peribadi mereka kepada kami dan untuk kami menggunakannya, dan ii) memaklumkan kepada mereka untuk membaca Notis Privasi ini di laman-laman web kami.

Urusan Dalam Talian dengan Kami

Cookies

Kami mengumpulkan maklumat mengenai pelayaran anda ke laman-laman web kami melalui ‘cookies’. ‘Cookies’ adalah bingkisan maklumat yang disimpan di dalam komputer anda yang membantu pelayaran laman web anda dengan menyesuai padan maklumat tapak dengan kehendak anda. ‘Cookies’ tidak mengenalpasti pengguna, hanya komputer yang digunakan.  Anda tidak wajib untuk menerima ‘cookies’. Sekiranya anda keberatan, anda boleh menetapkan komputer anda samada untuk menerima ‘cookies’, untuk memaklumkan kepada anda bila ‘cookies’ dikeluarkan, atau untuk tidak menerima ‘cookies’ pada sebarang masa. Walau bagaimanapun, penolakan kepada ‘cookies’ mungkin memberi kesan kepada pelayaran anda ke  laman-laman web kami memandangkan kami tidak dapat memperibadikan aspek-aspek pelayaran anda ke laman-laman web kami

Pautan ke Laman-laman Web Pihak Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini hanya terpakai kepada laman web kami dan tidak terpakai kepada mana-mana laman web pihak ketiga yang anda mungkin lawati dari laman web kami. Bagi memahami bagaimana mereka mengendalikan maklumat peribadi anda, sila pastikan anda membaca dasar privasi masing-masing.

Pemindahan Maklumat Peribadi Anda Ke Luar Malaysia

Ianya mungkin satu keperluan bagi kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia bila mana sebarang pembekal perkhidmatan atau rakan strategik kami yang terlibat dalam menyampaikan sebahagian daripada produk dan/atau perkhidmatan kami berada di luar negara (“institusi asing”). Dalam keadaan ini, anda membenarkan kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Negara. Kami akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan institusi asing ini adalah terikat secara kontrak untuk menghadkan penggunaan maklumat peribadi anda kepada tujuan menyampaikan produk dan/ atau perkhidmatan kami sebagaimana yang diikrarkan di dalam perjanjian, dan melindungi maklumat peribadi anda dengan sebaiknya.

Kemaskini Notis Privasi kami

Kami mungkin meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa, dan versi yang dipinda adalah terpakai dan menggantikan sebarang dan kesemua versi-versi yang terdahulu, termasuklah dan tidak terhad kepada, risalah dan salinan bercetak. Sila semak di laman web kami untuk maklumat mengenai amalan terkini kami.

Notis Privasi kami disampaikan di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Bila mana terdapat sebarang persoalan mengenai pemahaman atau terjemahan, versi Bahasa Inggeris adalah digunapakai.

butiran perhubungan kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, keraguan atau aduan berkaitan dengan Notis Privasi ini, sila hubungi kami semasa waktu urusan rasmi (di antara 9:00 pagi hingga 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum)) seperti berikut:  

Jawatan

:

Pengurus, Pengurusan Modal Insan

Nombor Telefon

:

+603 - 4145 3800

Nombor Faks

:

+603 - 4145 3801

Emel

:

hrd@pelaburanmara.com.my

Alamat

:

Bahagian Pengurusan Modal Insan

Pelaburan MARA Berhad
Tingkat 2, Wisma PMB,
No 1A Jalan Lumut,
P.O Box 1070,
50722 Kuala Lumpur.