Tadbir Urus:
Piagam Lembaga Pengarah Pelaburan MARA

Lembaga Pengarah Pelaburan MARA menganggap tadbir urus korporat yang kukuh adalah asas penting kepada kejayaan Syarikat dan komited sepenuhnya untuk memastikan prinsip-prinsip ini diterapkan dalam semua urusan perniagaan. Piagam Lembaga Pengarah  ini diharapkan dapat memupuk nilai lestari, mengukuhkan integriti perniagaan, dan meningkatkan keyakinan pelabur dalam merealisasikan visi dan misi Kumpulan.
 
Piagam Lembaga Pengarah ini bertujuan agar semua ahli mencapai standard tertinggi dalam tadbir urus yang baik. Untuk itu, ia mentakrifkan peranan, tanggungjawab, dan kuasa Lembaga Pengarah, baik secara individu mahupun kolektif, serta hasrat dan harapan dalam melaksanakan tugas mereka.
 
Sila klik di sini untuk melihat Piagam Lembaga yang telah diluluskan.