Amiruddin bin Abdul Shukor

En. Amiruddin bin Abdul Shukor CA(M)

Pengarah


En. Amiruddin bin Abdul Shukor ialah seorang perancang strategi korporat dengan pengalaman luas dalam Pengurusan Korporat, Kewangan, Kewangan Korporat, dan Pelaburan. Beliau juga seorang Akauntan Profesional Bertauliah dengan lebih dua dekad kepakaran dalam ekosistem korporat dan inovasi, serta seorang jurulatih/pemudahcara yang bertauliah.

Sebelum menyertai Lembaga Pengarah Pelaburan MARA, beliau memegang jawatan Pengarah dan Pengurusan Tertinggi dalam pelbagai industri di sektor awam dan swasta serta agensi kerajaan. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre Berhad (MaGIC).

Kepakarannya dalam aspek inovasi dan kreativiti keusahawanan serta aktiviti pembangunan kapasiti dan ekosistemnya yang melibatkan syarikat permulaan, modal teroka/angel pelabur, dan pembina kapasiti telah mendorongnya untuk menubuhkan ASFO Global Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat khidmat nasihat komersial yang bertujuan untuk membantu syarikat pemula niaga dan PKS berkembang dalam ekosistem yang mampan. Minat beliau turut mendorong penglibatannya dalam inisiatif dan pembangunan Perniagaan Sosial (SE) di seluruh Malaysia. 

En. Amiruddin memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam Kewangan Gunaan dan Pelaburan serta ijazah dalam Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Semasa bekerja dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB), beliau memperoleh Diploma Eksekutif dalam Analisis Pelaburan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Selain perniagaan, En. Amiruddin amat cenderung dalam aktiviti kesukanan, dan kini merupakan Ahli Lembaga Institut Sukan Negara (ISN). Penglibatannya dengan ISN selaras dengan fokus organisasi tersebut dalam pembangunan sukan, pengurusan sukan, perubatan sukan, R&D&C&I sukan, dan aktiviti berkaitan sukan lain di Malaysia.
 

Kembali ke Lembaga Pengarah