Datuk Dazma Shah bin Daut @ Daud

Pengarah


Datuk Dazma Shah bin Daud telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pelaburan MARA Berhad pada 4 Ogos 2023.

Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 2001 sebagai Pegawai Pendidikan di Majlis Amanah Rakyat (MARA) setelah menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di University of Warwick, United Kingdom.

Sepanjang kerjayanya, Datuk Dazma telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah di Unione Properties Sdn Bhd, Yalong Didactic (M) Sdn Bhd, Aquinon Capital Sdn Bhd dan Karyaneka Sdn Bhd.

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam nasihat korporat, pendidikan dan hartanah, beliau telah memainkan peranan penting dalam menjalin kerjasama dengan pemain industri dan agensi kerajaan bagi merancakkan aktiviti ekonomi yang memberi manfaat kepada golongan belia dan komuniti kurang berkemampuan di Petaling Jaya.

Beliau kini berkhidmat sebagai ahli Lembaga Penapisan Filem Malaysia.

Kembali ke Lembaga Pengarah