Dato' Mohamad Razali Bin Mohamad Rahim

YBhg.  Dato' Mohamad Razali Bin Mohamad Rahim

Pengerusi


YBhg. Dato' Mohamad Razali bin Mohamad Rahim, berusia 63 tahun, telah dilantik sebagai Pengerusi Pelaburan MARA pada 3 Ogos 2023. Beliau mempunyai pengalaman kerjaya dalam pelbagai organisasi multinasional dan tempatan. Selepas menamatkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Amerika Syarikat pada tahun 1981, beliau memulakan kerjaya di Pernas-Sime Darby. Ketika berkhidmat di sana, beliau telah mengumpul pengalaman bertugas di Jabatan Kewangan, Pemasaran, dan Operasi dalam Syarikat Perdagangan dan Bahagian Automotif.

Beliau juga pernah bertugas selama satu tahun di Jepun dengan sebuah syarikat Soho Sosha Jepun. Pada tahun 1984, beliau menyertai Citibank NA, sehingga menyandang jawatan Naib Presiden dan Ketua Kumpulan, memantau Bahagian Hartanah dan semua Pinjaman Sektor Awam. Beliau juga merupakan Pakar Hartanah bagi Asia dan Oceania.

Pada tahun 1997, beliau menjadi Pengarah Eksekutif di SP Setia, di mana beliau bertanggungjawab untuk pembinaan Pejabat Perdana Menteri dan Kediaman Perdana Menteri di Putrajaya, serta semua unit perumahan di bawah usaha sama. Selepas berkhidmat di SP Setia, beliau beralih ke Perbankan Islam dengan Abrar Discounts Berhad. YBhg. Dato' Razali juga berkhidmat dengan kumpulan MIDF, di mana beliau memimpin Bahagian Pembangunan Perniagaan Kumpulan tersebut. Beliau juga menyandang jawatan di Premier Nalfin Berhad, Wembley Industries Berhad, dan Khee San Berhad.
 

Kembali Ke Lembaga Pengarah