Mohd Kamal bin Husin

En. Mohd Kamal bin Husin

Pengarah


En. Mohd Kamal bin Husin menyertai barisan Ahli Lembaga Pengarah Pelaburan MARA pada 21 September 2022. Beliau kini memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Sebelum ini, En. Mohd Kamal pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kanan (Perkhidmatan Pentadbiran) di KKDW dan Timbalan Setiausaha (Bahagian Dasar & Penguatkuasaan) di Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Dengan pengalaman lebih dari 34 tahun dalam sektor awam, En. Mohd Kamal mempunyai pengalaman kerjaya  yang luas meliputi pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, termasuk Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

En. Mohd Kamal juga bertugas sebagai Ahli Lembaga Pengarah di pelbagai organisasi antaranya Yayasan Pelajaran MARA, Risda Estates Sdn. Bhd, dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang. Beliau menerima anugerah Kesatria Mangku Negara (KMN) pada tahun 2017 dan Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 2016, 2009, dan 2001 atas perkhidmatannya yang berdedikasi tinggi.

Pada tahun 1994, beliau memperoleh Diploma Lanjutan dalam Pengajian Perniagaan di bidang Ekonomi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
 

Kembali ke Lembaga Pengarah