profile

YBhg. Dato' Zulfikri Osman

Pengarah


YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) di Majlis Amanah Rakyat (MARA) di mana beliau menumpukan perhatian bagi pembangunan keusahawanan dengan MARA. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang keusahawanan, pendidikan, dan pelaburan di sektor awam dan swasta.

YBhg. Dato’ Zulfikri Osman memulakan kerjaya awalnya di News Straits Times dan Auto Bavaria sebelum menyertai MARA. Beliau memainkan peranan penting dalam melibatkan pemain industri dan agensi kerajaan untuk menangani keperluan pasaran di rantau ini. Penglibatannya dalam eksplorasi perniagaan impak tinggi sejak tahun 2014 telah membantu MARA bergerak ke segmen keusahawanan baru yang diiktiraf oleh negara. 

Pada tahun 2015, beliau dilantik sebagai ahli Majlis Kepimpinan Aeroangkasa Malaysia, sebuah badan pemandu nasional yang berperanan dalam membangunkan industri aeroangkasa di Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat GLC.

Beliau mempunyai ijazah Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA dan sarjana Pengurusan daripada Universiti Utara Malaysia. 
 

Kembali ke Lembaga Pengarah