
Pemangku Ketua, Pengurusan Modal Insan
Pelaburan MARA Berhad
Pn. Rashidah mempunyai lebih 24 tahun pengalaman dalam industri telekomunikasi dan perkhidmatan kewangan, termasuk 15 tahun pengkhususan dalam bidang pengurusan sumber manusia.
Sebelum menyertai Pelaburan MARA Berhad, Pn. Rashidah telah berkhidmat sebagai Ketua Pembangunan Modal Insan dan Ketua Pembelajaran dan Pembangunan di Amanah Raya Berhad, di mana beliau menerajui inisiatif strategik sumber manusia. Beliau juga mempunyai pengalaman selama enam tahun di Time dotCom Berhad, khususnya dalam bidang pembangunan produk dan perkhidmatan pelanggan.
Bidang kepakaran beliau merangkumi pemerolehan bakat dan perancangan tenaga kerja, pembangunan organisasi dan reka bentuk latihan, pengurusan bakat dan perancangan penggantian, sistem pengurusan prestasi, pampasan dan faedah, serta penglibatan pekerja dan perhubungan industri. Beliau amat komited dalam menyelaraskan strategi modal insan dengan objektif organisasi bagi memacu pertumbuhan dan prestasi yang mampan.
Puan Rashidah merupakan seorang Pengurus Sumber Manusia Bertauliah (Chartered Management Institute, CMI) dan Jurulatih Bertauliah (Human Resource Development Corporation, HRDC). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).