En. Azirul Salihin Ismail

Ketua Perancangan Strategik


En. Azirul mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dan menyertai Pelaburan MARA selepas berhidmat di PMB Tijari Berhad sebagai Ketua, Unit Perancangan Perniagaan dan Pembangunan Produk. Beliau merupakan seorang perancang strategik yang mahir dengan pemahaman yang luas mengenai pelbagai aplikasi pengurusan perniagaan seperti analisis pasaran, jualan dan pemasaran, pembinaan pasukan dan jaminan kualiti. Sebelum menyertai Pelaburan MARA, En. Azirul berkhidmat dengan Kuwait Finance House (M) Bhd, RHB Islamic Bank, Bank Islam dan AmBank, memegang pelbagai jawatan. 

Beliau berkelulusan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dan memegang Sijil Profesional Kredit dari Institut Bank-bank Malaysia dan Perkhidmatan Penasihat (Perundangan dan Peraturan) dari Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC).

Kembali ke Kepimpinan