En. Taha Rusydi Mohd Nazri

Ketua Komunikasi Strategik


En. Taha Rusydi merupakan seorang profesional komunikasi strategik dengan lebih 15 tahun pengalaman dalam bidang komunikasi korporat, penjenamaan, pemasaran dan perhubungan media merangkumi sektor pelaburan, perkhidmatan kewangan, perbankan serta industri media. Beliau berpengalaman luas dalam merangka dan melaksanakan strategi komunikasi bersepadu yang bertujuan memperkukuh reputasi, penjenamaan organisasi serta menyokong objektif korporat.

Sebelum menyertai Pelaburan MARA, beliau pernah menyandang beberapa jawatan kepimpinan termasuk Ketua Komunikasi Korporat di Jambatan Kedua Sdn Bhd, Timbalan Pengurus Pemasaran Perniagaan di Bank Muamalat, Pengamal Perhubungan Awam Kanan di Agrobank, serta Ketua Seksyen Pemasaran di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pada peringkat awal kerjaya, beliau terlibat secara aktif dalam industri media sebagai Penyampai Berita di NTV7 dan Hypp TV, serta Wartawan Penyiaran untuk Buletin Utama TV3, yang memberikan beliau pengalaman kukuh dalam pengurusan media, penyampaian mesej strategik dan komunikasi awam.

En. Taha memiliki Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Komunikasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Ijazah Sarjana Muda dalam Kewangan dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kembali ke Kepimpinan