Pelaburan MARA melaksanakan aktiviti pelaburan bertanggungjawab dalam sektor tenaga dan teknologi dengan menekankan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), bagi menjana nilai jangka panjang yang mampan serta memberi impak positif.
REDD+
Inisiatif global yang menyokong pengurusan hutan mampan dan
pembangunan rendah karbon. Bagi Pelaburan MARA, ia selari dengan
prinsip ESG dengan menjana nilai jangka panjang melalui pelaburan
hijau, di samping menyokong komitmen Malaysia terhadap kelestarian
alam sekitar dan neutral karbon..
IFM
Penambahbaikan amalan pengurusan hutan tradisional bagi meningkatkan
keupayaan hutan menyerap karbon. Bagi Pelaburan MARA, IFM membuka
peluang untuk melaksanakan strategi pelaburan lestari yang menjana
nilai jangka panjang melalui kredit karbon dan penyelesaian
berasaskan alam semula jadi. Pada peringkat negara, IFM penting
dalam menyokong usaha Malaysia memelihara hutan, meningkatkan
penyerapan karbon, serta mencapai komitmen neutral karbon.
ARR
Projek penting dalam pasaran karbon sukarela yang memulihkan tanah
terbiar serta memperluas kawasan hutan. Bagi Pelaburan MARA, ARR
menyediakan peluang pelaburan lestari yang menjana nilai jangka
panjang melalui aset karbon dan projek hijau. Pada peringkat negara,
ARR memainkan peranan penting dalam menyokong matlamat iklim
Malaysia, melindungi biodiversiti, serta meningkatkan imej Malaysia
sebagai peneraju kelestarian alam sekitar.
Amalan pertanian atau perindustrian yang dipertingkatkan
Menekankan penggunaan kaedah moden, cekap dan lestari bagi
mengurangkan pelepasan serta mengoptimumkan penggunaan sumber. Bagi
Pelaburan MARA, amalan ini membuka peluang pelaburan
bertanggungjawab yang menjana nilai jangka panjang melalui teknologi
hijau, pengeluaran makanan mampan dan industri rendah karbon. Pada
peringkat negara, ia penting untuk memperkukuh keselamatan makanan,
memacu industri bersih serta menyokong peralihan Malaysia ke arah
ekonomi mampan.
PMB SUSTAINABLE SDN BHD
+603 - 4145 3800
+603 - 4145 3901
pmbsustainable@pelaburanmara.com.my
www.pmbsustainable.com.my