NOTIS PENTING - Berhati-hati dengan Penipuan
19-11-2024
Para Pelabur Yang Dihargai,
Sila ambil maklum bahawa terdapat percubaan untuk menyebarkan mesej WhatsApp, emel, atau panggilan palsu yang mendakwa bahawa PMB Investment tersenarai sebagai salah satu syarikat yang terlibat dalam skim penipuan pelaburan.
Kami ingin menegaskan bahawa PMB Investment Berhad, anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad merupakan Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC) yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Untuk melindungi diri anda, sila:
- Jangan dedahkan maklumat peribadi atau akaun kepada mana-mana individu yang mencurigakan. Sentiasa pastikan maklumat peribadi anda selamat, termasuk nombor MyKad, alamat, butiran bank, dan butiran pelaburan anda. Maklumat ini boleh disalah gunakan untuk menyamar sebagai identiti anda atau mendapatkan akses tanpa kebenaran ke akaun kewangan/pelaburan anda.
- Sahkan identiti individu atau entiti yang anda berurusan. Berurusan hanya dengan individu atau entiti yang berdaftar atau dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan/atau Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM).
- Elakkan membuat pembayaran ke akaun pihak ketiga yang tidak dikenali. Berhati-hati dengan permintaan atau kaedah pembayaran yang tidak biasa. Transaksi yang sah hanya melalui cek/pemindahan bank dan dibuat atas nama PMB Investment Berhad.
- Buat laporan polis sekiranya anda menerima mesej, emel, atau panggilan daripada individu yang meminta anda memindahkan wang ke mana-mana akaun.
Sekiranya anda menerima sebarang bentuk komunikasi yang mencurigakan atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-4145 3900. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi kami di www.pmbinvestment.com.my dan platform media sosial rasmi kami.
Terima kasih.
Pihak Pengurusan
PMB Investment Berhad