PENGUMUMAN - PMB Investment Umum Agihan Pendapatan Unit Amanah PMB Dana Bestari

14-10-2024


PMB INVESTMENT UMUM AGIHAN PENDAPATAN UNIT AMANAH PMB DANA BESTARI

 
Kuala Lumpur, 14 Oktober 2024 - PMB Investment Berhad (PMB Investment) hari ini mengumumkan agihan pendapatan bagi PMB Dana Bestari untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2024. Pemegang unit telah menerima agihan pendapatan sebanyak 2.93 sen seunit, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM2,877,748.55.

Nilai Aset Bersih (NAB) seunit sebelum agihan adalah RM0.5479, manakala selepas agihan ia diselaraskan menjadi RM0.5186. Pengagihan ini telah dikreditkan kepada pemegang unit berdasarkan tarikh selepas 30 September 2024, dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 1 Oktober 2024. Pengagihan ini mewakili hasil sebanyak 5.99% berdasarkan purata NAB setiap unit sepanjang tahun kewangan, dengan pulangan keseluruhan sebanyak 12% untuk tempoh yang sama.

Pengerusi PMB Investment, Datuk Mohd Idzwan Izuddin Ab Rahman, memaklumkan “Sejak pelancarannya pada tahun 2002, PMB Dana Bestari telah berjaya memberikan pulangan yang stabil dan pertumbuhan modal melalui pelaburan dalam ekuiti patuh Shariah dan sekuriti pendapatan tetap. Dana ini biasanya memperuntukkan 70% hingga 99.5% daripada NAB kepada ekuiti patuh Shariah, manakala selebihnya dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam, deposit, dan sukuk."

Pada masa sama, Ketua Pegawai Operasi PMB Investment, Izwan Azzeri Kamal berkata “Pengagihan pendapatan ini mencerminkan komitmen kami untuk memberikan pulangan yang kukuh kepada para pemegang unit. Kami sentiasa merancang strategi pelaburan dana agar sentiasa mendahului perkembangan pasaran dan ekonomi bagi memastikan hasil terbaik kepada para pelabur kami."

Pelabur boleh mula melabur dengan PMB Investment dengan mudah melalui EZForm di laman web www.pmbinvestment.com.my, dan dana boleh dipindahkan melalui FPX.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dana termasuk fi dan risiko, sila layari www.pmbinvestment.com.my atau hubungi 03-4145 3900.

 
-TAMAT-

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

TAHA RUSYDI MOHD NAZRI
Pemangku Ketua, Komunikasi Pemasaran
Pelaburan MARA Berhad

Tingkat 2, Wisma PMB,
No 1A Jalan Lumut 50400 Kuala Lumpur

T: 03-4145 3830
F: 03-4145 3801
M: 012-2737 685
taha.rusydi@pelaburanmara.com.my