Program Jelajah CSR PMB Investment Berhad

01-08-2024

LEBIH RM50,000.00 SUMBANGAN CSR DISAMPAIKAN KEPADA TUJUH ORGANISASI KEBAJIKAN
 
Kuala Lumpur, 31 Julai 2024 - PMB Investment Berhad (PMB Investment), anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, telah menyumbang lebih RM50,000.00 kepada tujuh organisasi kebajikan dalam usaha menyokong komuniti melalui Jelajah CSR PMB Investment.

Program yang bermula pada 22 Julai lalu, berakhir semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim berkata syarikat itu sentiasa komited dan cakna dalam melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Beliau berkata inisiatif tersebut dijalankan bagi membantu memperkasa ilmu pengetahuan, pembangunan keharmonian komuniti serta memelihara dan memulihara alam sekitar.

Usaha itu termasuk menyokong agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) menerusi pelbagai aktiviti CSR yang boleh dilaksanakan untuk mencapai objektif bersama, tambahnya.

“Program jelajah CSR ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PMB Investment untuk memainkan peranan aktif dalam masyarakat.

“Dengan menyumbang kepada pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan dan kebajikan sosial, kami berharap dapat mencipta perubahan positif yang berterusan,’’ kata Mahani dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Para penerima sumbangan adalah Waqaf An-Nur Corporation Berhad, menerima sumbangan berjumlah RM26,257.80; Persatuan Thalassaemia Malaysia, Cancer Associates & Kindred Network (CAKNE), Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV dan Aids Nurul Iman Malaysia (PERNIM), The Selangor and Federal Territory Association for the Mentally Handicapped (SAMH), masing-masing menerima RM5,000; Muslim Volunteer Malaysia (MVM) (RM3,600) dan The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered yang menerima sumbangan bernilai RM3,686.49.

PMB Investment, sebagai anak syarikat Kumpulan Pelaburan MARA yang bernaung di bawah MARA Corporation Sdn Bhd, beroperasi sebagai Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC).

Ia menguruskan 19 dana unit amanah, termasuk dana borong dan portfolio pelaburan dalam kelas aset ekuiti dan sukuk.

Maklumat lanjut mengenai produk PMB Investment, layari www.pmbinvestment.com.my.
 
-TAMAT-
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
TAHA RUSYDI MOHD NAZRI,
Pengurus Komunikasi Pemasaran
Pelaburan MARA Berhad
Tingkat 2, Wisma PMB,
No 1A Jalan Lumut
50400 Kuala Lumpur

T: 03-4145 3800
M: 012-2737 685
taha.rusydi@pelaburanmara.com.my