KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR, 6 Mac - PMB Investment Berhad (PMB Investment) hari ini telah memenangi lapan anugerah melalui tiga dananya di Anugerah London Stock Exchange Group (LSEG) Lipper 2024. Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim berkata, kemenangan ini adalah bukti dedikasi syarikat yang tidak berbelah bahagi, selain mengesahkan keupayaannya dalam pengurusan pelaburan dan para pelabur.Beliau berkata, matlamat strategik syarikat berkenaan adalah untuk meningkatkan nilai portfolio pelabur melalui penyampaian prestasi yang kukuh, penyediaan penyelesaian yang bersesuaian dalam apa jua persekitaran pasaran, serta berpaksikan kepada fokus masa depan syarikat."Kami mengucapkan terima kasih kepada LSEG Lipper, kerana anugerah-anugerah ini telah mengiktiraf kepakaran dan komitmen PMB Investment dalam menyampaikan penyelesaian unggul kepada pasaran unit amanah dan dana pencen di negara kita’’.
PMB Dana Bestari (PMB DB) menerima Anugerah Pendapatan Ekuiti Malaysia di LSEG Lipper Award untuk tempoh masing-masing tiga (3) dan lima (5) tahun, manakala PMB Shariah Tactical Fund (PMB STF) memperoleh Anugerah Aset Boleh Ubah MYR Campuran, juga untuk tempoh yang sama (tiga dan lima tahun) berakhir pada 31 Disember 2023.Sementara itu, PMB Shariah Equity Fund (PMB SEF) meraih dua anugerah berprestij iaitu Anugerah Diverkasi Ekuiti Malaysia dalam Kategori Dana Islam Malaysia dan Kategori Dana Pencen Malaysia, masing-masing untuk tempoh tiga (3) dan lima (5) tahun, bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2024. Mahani menyatakan bahawa penghargaan ini mengiktiraf komitmen PMB Investment untuk menyampaikan pelaburan konvensional berkualiti tinggi, merangkumi penyelesaian ekuiti, pendapatan, dan aset campuran. Sebagai anak syarikat sepenuhnya milik Pelaburan MARA Berhad, PMB Investment terus menunjukkan kecekapan dalam pengurusan pelaburan dan aset di bawah payung MARA Corporation Sdn Bhd, tambahnya. PMB Shariah Tactical Fund mencapai pulangan sebanyak 23% dan 70% dalam tempoh tiga (3) dan lima (5) tahun, berakhir pada 31 Disember 2023, manakala PMB Shariah Equity Fund menunjukkan pulangan mengagumkan masing-masing sebanyak 36% dan 170% dalam tempoh yang sama.
Dalam pada itu, PMB Dana Bestari turut memberikan pulangan yang luar biasa sebanyak 32% dan 87% dalam tempoh tiga (3) dan lima (5) tahun, tahun lalu. PMB Investment beroperasi sebagai Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC), menguruskan 19 dana unit amanah syariah meliputi dana borong, mandat portfolio, serta pelaburan merangkumi kelas aset ekuiti dan sukuk.
- ENDS -
Untuk Maklumat Lanjut, sila hubungi:
TAHA RUSYDI MOHD NAZRI
Pemangku Ketua Komunikasi Pemasaran
Pelaburan MARA Berhad
Tingkat 2, Wisma PMB,
No 1A Jalan Lumut
50400 Kuala Lumpur
T: 03-4145 3830
F: 03-4145 3801
M: 012-2737 685
taha.rusydi@pelaburanmara.com.my