Kuala Lumpur, 2 April 2024 - PMB Investment Berhad (PMB Investment), anak syarikat sepenuhnya milik Pelaburan MARA Berhad, telah memenangi anugerah Best Malaysia Large-Cap Equity (Shariah) Fund di Morningstar Malaysia Fund Awards 2024.
Dianjurkan oleh Morningstar Asia Limited (anak syarikat Morningstar, Inc (NASDAQ: MORN)) selaku penyedia terkemuka penyelidikan pelaburan yang bebas, anugerah tahunan ini mengiktiraf danadana runcit yang berjaya memberi nilai tambah paling tinggi kepada pelabur dalam kategori setaranya pada 2023 dan dalam jangka masa lebih panjang.
Pengiktirafan ini membuktikan kesungguhan syarikat dalam pengurusan dananya. Malah, anugerah ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut bagi PMB Investment pada tahun 2023 dan tahun ini, menerusi dana yang sama (PMB Shariah Tactical Fund), atas prestasi yang konsisten.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan Morningstar Asia Tenggara, Shihan Abeyguna kepada Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pelaburan MARA Berhad, Mahdzir Othman.
Mahani berkata, "Kemenangan ini adalah bukti kesungguhan pengurus dana dan syarikat kami. Ia memberi inspirasi kepada warga kerja PMB Investment untuk terus memberikan pulangan yang konsisten kepada pelabur kami melalui amalan pengurusan dana yang teliti, di bawah naungan MARA Corporation Sdn Bhd"
Tambahnya, "Tahun lalu melibatkan pelbagai cabaran dan ketidakstabilan. Strategi kami adalah untuk menyaingi pesaing lain melibatkan respon yang lebih besar dan penyesuaian yang konsisten terhadap portfolio kami untuk seiring dengan keadaan pasaran. Sebagai hasilnya, prestasi luar biasa dana unit amanah kami, termasuk PMB Shariah Tactical Fund, menunjukkan keupayaan kami untuk menempuh ketidakpastian pasaran dan memberikan nilai kepada pelabur kami. Melabur dengan PMB Investment sentiasa merupakan pilihan yang bijak."
PMB Shariah Tactical Fund menyediakan pelabur dengan strategi pembahagian aset taktikal, menawarkan fleksibiliti untuk menyimbang semula pembahagiannya antara kelas aset yang berbeza, termasuk ekuiti yang patuh Shariah, sekuriti berkaitan ekuiti yang patuh Shariah, dan pelaburan bukan-ekuiti seperti sukuk, instrumen pasaran wang Islam, penempatan deposit Islam, dan pelaburan yang dibenarkan patuh Shariah lain, berdasarkan keadaan pasaran. Pembahagiannya kepada aset ekuiti atau bukan-ekuiti boleh berkisar antara 0% dan 100% daripada Nilai Aset Bersih Dana (NAV).
Dengan pulangan yang luar biasa sebanyak 70% dalam tempoh lima (5) tahun yang berakhir pada 31 Disember 2023, PMB Shariah Tactical Fund telah secara konsisten memberikan hasil yang mengagumkan. Tambahan pula, ia mencatatkan pulangan sebanyak 23% dalam tempoh tiga (3) tahun dan 24% dalam tempoh satu (1) tahun, kedua-duanya berakhir pada 31 Disember 2023.
Melihat kepada prospek pasaran untuk tahun 2024, Mahani berkata, cabaran yang bakal dihadapi adalah kemerosotan global namun beliau optimis akan peluang pertumbuhan yang berpotensi dalam projek infrastruktur dan keputusan dasar kerajaan yang boleh meningkatkan keyakinan pelabur, terutamanya pelabur asing di pasaran tempatan.
PMB Investment, sebagai anak syarikat sepenuhnya milik Pelaburan MARA Berhad, beroperasi sebagai Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC), menguruskan 19 dana unit amanah, termasuk dana borong, dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam kelas aset ekuiti dan sukuk.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk PMB Investment, sila layari www.pmbinvestment.com.my.
-TAMAT-
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
TAHA RUSYDI MOHD NAZRI,
Pengurus Komunikasi Pemasaran
Pelaburan MARA Berhad
Tingkat 2, Wisma PMB,
No 1A Jalan Lumut
50400 Kuala Lumpur
T: 03-4145 3800
M: 012-2737 685
taha.rusydi@pelaburanmara.com.my