HOME : NEWS & UPDATES

PELABURAN MARA SEDIA DANA RM300J -BERITA HARIAN 6 DISEMBER 2013

2013-12-06

Pelaburan MARA Bhd (Pelaburan MARA) menyediakan dana RM300 juta untuk dilaburkan ke dalam syarikat tersenarai mempunyai amalan bertanggungjawab sosial berdasarkan Indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Ketua Eksekutif Kumpulan, Nazim Rahman, berkata peruntukan pelaburan itu antara langkah diambil Pelaburan MARA bagi menyokong usaha kerahaan memperkenalkan Indeks ESG yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada syarikat tersenarai yang mengamalkan tanggung jawab sosial.

Beliau berkata, pengenalan Indeks ESG ialah antara langkah dilaksanakan bagi meningkatkan profil syarikat tersenarai, selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mahu mempromosikan Malaysia sebagai pasaran Pelaburan Tenggungjawab Sosial atau (SRI) bagi meningkatakan daya saing di peringkat global dalam pembentangan Bajet 2014.

 

Pelaburan dalam Syarikat

"Sudah tiba masanya pasaran modal Malaysia memberi penekanan kepada pelaburan dalam syarikat lebih mapan yang hanya boleh dicapai sekiranya ada imbangan  antara prestasi kewangan dan kebajikan sosial," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Pelaburan MARA adalah syarikat pelaburan dan pengurusan aset strategik milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Ditubuhkan pada 1967, aktiviti perniagaan Pelaburan MARA meliputi pelaburan ekuiti, pendapatan tetap, ekuiti persendirian, pengurusan portfolio dan perkhidmatan kewangan.

Nilai aset ESG pada peringkat global dianggarkan bernilai antara AS$13 hingga AS$14 trilion, sekali gus memberi gambaran bahawa pasaran bahi aset pelaburan sebegitu amat tinggi dan sudah diterima secara meluas di pasaran modal antarabangsa.

 

Sedia RM1 billion

Ia turut disokong oleh kemunculan pelbagai indeks pasaran seperti Dow Jones Sustainablility Indexes (DJSI), FTSE-4Good, Ethibel Sustainability Index dan MSCI Environment, Social and Governance Indices.

Nazim berkata, buat permulaan, kerajaan sudah memperuntaukan RM1 bllion menerusi Valuecap Sdn. Bhd. untuk melabur dalam syarikat berprestasi dalam Index ESG.

Beliau berkara, dana RM300 juta yang diperuntukkan oleh Pelaburan MARA itu dapat menjadi pelengkap kepada inisiatif berkenaan kerana saiz dana yang besar adalah faktor utana bagi memsatikan kejayaan Index ESG.

 

Berita Harian - Jumaat, 6 Disember 2013