HOME : NEWS & UPDATES

PMB METERAI PERJANJIAN DENGAN ELIXIR CAPITAL

2014-05-19

 

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat 18 Mei - Pelaburan Mara Berhad (PMB) hari ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan Elixir Capital, sebuah syarikat ekuiti persendirian berpangkalan di Palo Alto, California di sini.

Perjanjian yang disaksikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sempena lawatan kerja beliau ke negara itu adalah bagi mewujudkan kerangka kerjasama antara dua syarikat pelaburan bagi mewujudkan dana ekuiti persendirian untuk pelaburan dalam industri terpilih di rantau Asia Tenggara.

"Elixir Capital berpengalaman dalam menguruskan dana modal teroka dan ekuiti persendirian serta menyediakan nasihat kepada syarikat-syarikat di Lembah Silikon untuk berkembang menjadi syari global yang kompetitif".

"Pelaburan Mara Berhad berharap kerjasama ini akan membolehkan Malaysia mendapat faedah daripada ekosistem inovasi dan keusahawan serta jaringan pelaburan pasaran yang wujud di Lembah Silikon bagi membangunkan syarikat tempatan untuk menjadi organisasi global," kata beliau dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia.

Lembah Silikon terkenal dengan skosistem inovasi dan keusahawanan yang sempurna dan telah melahirkan gergasi seperti Apple, HP, Microsoft, Facebook dan Google.

Dalam pada itu, Pengerusi PMB, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, perjanjian itu merupakan suatu platform pihaknya untuk menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar syarikat-syarikat berpotensi berkembang lebih hebat ke luar negara.

Dalam pada itu, selepas majlis berkenaan, Mohd. Shafie turut meluangkan masa bertemu dengan pelajar Malaysia yang menuntuk di beberapa universiti di sini.

Beliau meraikan pelajar berkenaan dalam majlis makan tengahari.

 

 

Dipetik dari
Utusan Malaysia 19 Mei 2014