HOME : GALLERY : PHOTO

PHOTO GALLERY


Pelancaran PMB

@ 01 Mac 2012 - Sempena Hari MARA
Dewan Utama, Aras 6, Menara MARA, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

Pelancaran Pelaburan MARA Berhad melibatkan pelancaran nama dan logo baru, yang merupakan  Penjenamaan Baru kepada Amanah Saham MARA Berhad. 

Pelaburan MARA Berhad (PMB) wujud untuk memperkukuhkan dan memperkasakan sebuah entiti perniagaan milik Bumiputera ke satu tahap yang lebih cemerlang untuk terus relevan dan seiring dengan perubahan yang berlaku dalam industri pelaburan dan kewangan negara. Penjenamaan dan transformasi daripada Amanah Saham Mara Berhad kepada Pelaburan MARA Berhad adalah juga bertujuan untuk membentuk persepsi minda, memantapkan halatuju serta pendekatan syarikat induk dan anak-anak syarikatnya dalam mencapai sasaran perniagaan. 

Nama dan penampilan logo baru yang segar memaparkan bahawa ASMB terus mengorak langkah secara strategik untuk mempelbagaikan jaluran perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi.  Daripada sebuah syarikat yang hanya melibatkan diri dalam pengurusan saham amanah dan pengurusan dana, PMB akan melebarkan sayap untuk menjadi konglomerat pelaburan dan kewangan. Aktiviti-aktiviti kewangan yang berpotensi termasuklah pembiayaan perniagaan, kawalan kredit, pembangunan usahawan, khidmat nasihat kewangan dan pelaburan, Ar-Rahnu serta Takaful.

Dipetik dari http://e-warta.mara.gov.my