HOME : GALLERY : PHOTO

PHOTO GALLERY


Berbuka Puasa Ramadan 1434H - PMB & Anak-anak Syarikat

PMB mengadakan Majlis Berbuka Puasa sempena Ramadhan 1434H untuk kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan PMB pada 31 Julai 2013. Pengerusi PMB, Dato' Sohaimi Shahadan telah memberikan ucapan aluan kepada semua yang hadir.

Turut hadir ke Majlis tersebut adalah Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Datuk Ibrahim Ahmad. Majlis ini juga telah meraikan 80 orang anak-anak yatim dari Teratak Che Dah, Rawang dan menyumbangkan duit raya kepada anak-anak yatim tersebut. Satu sidang media juga diadakan bagi menerangkan halatuju PMB untuk pengetahuan umum.